Tuesday, July 8, 2025

KEJOHANAN KAROM MAKSWIP 2025

Tarikh: 24 - 25/5/2025

Tempat: Ruang Legar MAKSWIP, Aras 7, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Pada tarikh 23/5/2025, satu pasukan khas telah menyusun papan karom untuk persediaan Kejohanan Karom Berpasukan MAKSWIP 2025. Selesai sekitar 9.00 malam dan seterusnya sambung keesukannya untuk setting permukaan papan karom supaya rata dan stabil.

Tahun ini penyertaan agak kurang sedikit walaupun terdapat pasukan baru masuk bertanding buat julung kalinya. Untuk pasukan wanita format digunakan hanya bermain empat papan atau 25 mata tetapi lelaki mengunakan format lapan papan atau 25 mata. Memandangkan ada perlawanan memakan masa dan jadual menjadi lambat lebih kurang empat jam. Pada tahun hadapan masa akan digunakan untuk menjadikan jadual lebih efisien. 

Tahun ini jumlah penyertaan bagi pasukan lelaki sebanyak 26 pasukan, manakala pasukan wanita sebanyak 13 pasukan. Pasukan lelaki di bahagikan kepada 8 kumpulan dan bermain dalam 2 sesi. Setiap sesi ada 4 kumpulan. Manakala pasukan wanita juga dibahagikan kepada 4 kumpulan dan bermain dalam 1 sesi sahaja. 

Pada tahun ini satu percubaan berani untuk mengunakan sepenuhnya permarkahan secara online sepenuhnya kerana kekangan pengadil dan dalam masa yang sama pemain-pemain juga boleh belajar sesuatu daripada sistem ini. Walau bagaimana pun sistem ini tidak dapat dijalankan kerana majoriti pemain-pemain masih lagi belum mahir untuk mengisi markah secara persendirian. Mungkin di masa akan datang pendedahan demi pendedahan ke arah yang lebih bagus mereka akan faham juga nanti.  



























KATEGORI PASUKAN LELAKI

Johan: JUPEM B

Naib Johan: DBKL

Ketiga Bersama: JUPEM A & KESKEP A


KATEGORI PASUKAN WANITA

Johan: HASIL

Naib Johan: JKRCC

Ketiga Bersama: DBKL & LPPKN














Kami mengharapkan suatu hari nanti kejohanan karom di bawah penganjuran MAKSWIP akan terus berkembang dan juga boleh diadakan kejohanan terbuka di masa hadapan. Tiada jalan mudah untuk melakukan sesuatu yang baru tetapi dengan minat dan sokongan dari masyarakat MAKSWIP sendiri, in shaa Allah suatu hari nanti kejohanan ini akan dapat dijalankan bukan hanya di sekitar Lembah Klang sahaja tetapi diperluaskan kepada masyarakat Malaysia amnya. Sama-sama kita tunggu hari tersebut...

Monday, May 12, 2025

LATIHAN INTENSIF KAROM NSCISB

Tarikh: 4 Mei 2025

Masa: 10:00 pagi - 5.30 petang

Tempat: Negeri Sembilan Cement Industries Sdn Bhd

Tajuk: Teknik Bermain dan Undang-Undang Karom Malaysia

Kursus ini dijalankan secara intensif bermula dengan teori dan seterusnya latihan secara fizikal. Penekanan pada teori melalui pemahaman undang-undang permainan bermula dengan asas mengenai peralatan permainan, cara meletak striker, cara menyusun buah karom, teknik memegang striker, teknik menjentik, teknik sasaran tepat, posisi duduk sehingga kesalahan dan denda.

Manakala latihan fizikal mempraktikkan apa yang diajar semasa sesi teori untuk mendapatkan kemahiran. Teori adalah ilmu yang diperolehi untuk diamalkan ketika latihan dan yang paling penting adalah untuk digunakan ketika pertandingan. Pada dasarnya peserta boleh dikategori sedehana dan sudah mempunyai asas tetapi hanya teknik perlu dipertingkatkan. Latihan ini adalah untuk satu pasukan yang akan bertanding di kejohanan di antara syarikat di bawah naungan UEM. Sepatutnya lima pelatih tetapi seorang pelatih yang tinggal bekerja di utara tidak dapat hadir kerana berada jauh.



Pelatih sedang mempelajari teori dan sesi soal jawap
 


Pelatih sedang menjalani latihan fizikal







Pelatih bersama jurulatih dan pengurus pasukan  

Saya mengharapkan pelatih amalkan apa yang sudah dipelajari dan semoga mereka berjaya mengharungi kejohanan kali ini. Kejayaan bukan datang bergolek atau jatuh dari langit tetapi hasil melalui kemahiran, kecekapan dan latihan yang berterusan untuk meningkatkan skil permainan. Sukan adalah satu pergerakkan minda dan fizikal, jika gagal menjalani latihan, maka hasilnya pelatih sendiri akan tahu apakah keputusannya. Membangunkan kemahiran dan skil permainan bukan seminggu atau sebulan atau setahun tetapi bertahun tahun. Tiada jalan mudah untuk berjaya dan hanya hanya melalui latihan yang betul sahaj kejayaan dapat dicapai.

Semoga pelatih mendapat manfaat dari latihan intensif ini dan mengharapkan pelatih meneruskan latihan apa yang sudah dipelajari tanpa henti walaupun selepas tamat kejohanan. Untuk menjadi yang terbaik memerlukan masa dan komitmen yang tinggi daripada pelatih terhadap latihan dan amalan dalam mencari kejayaan.

"Kebolehan bukanlah satu destinasi, tetapi satu perjalanan yang jauh dan berterusan. Kepentingan menimba ilmu, berlatih dan menerima cabaran untuk meningkatkan kemahiran dan kekal relevan dalam dunia yang mencabar. Kejayaan pasti ada tetapi perlu berusaha untuk mencapai apa yang diidamkan kerana kejayaan tiada jalan pintas dan bukan juga hadir di hadapan anda."