OlehNorAmalina Alias
am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)
berhasrat menjadikan Kelantan sebagai hab sukan karom bagi menaik taraf ‘jaguh kampung’
karom setaraf dengan pemain sukan lain.
Ketua Eksekutif Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, PKINK juga mahu martabat sukan karom dipandang lebih serius seperti sukan bola
sepak dan menolak tanggapan karom sekadar sukan santai yang hanya dimainkan di warung
kopi atau peringkat kampung saja.
Katanya, sehubunganitu PKINK
mahu bertindak sebagai pelopor sukan ini dengan menganjurkan kejohanan karom sebagai
acara tahunan bagi mencungkil bakat baru dalam sukan ini.
“Selain itu, kita mahu mereka melihat karom sebagai sukan yang
mampu dibawa bertanding ke peringkat negeri dan antarabangsa.
“Kini sudah ad apertandingan karom peringkat dunia, tapi kita masih lagi main
di kampung,” katanya sempena Kejohanan Karom Terbuka Kelantan 2014 di pejabat
PKINK, baru-baru ini.
Hadir sama, Timbalan Eksekutif PKINK Mohd Shah Abd Kadir.
No comments:
Post a Comment