Thursday, May 2, 2019

KEJOHANAN KAROM MAIWP 2019

Tarikh: 11 April 2019
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: Kompleks Sukan Kampong Pandan

Kejohanan sukan MAIWP kembali lagi dan seperti biasa tuan rumah silih berganti. Pada tahun 2019 tiba giliran Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur sebagai penganjur dan memilih Kompleks Sukan Kampong Pandan sebagai tempat kejohanan. Kali ini kerja pengadil cukup mudah hanya datang sebagai pengadil sahaja kerana peralatan karom keseluruhannya disediakan pihak penganjur. Sebelum ini papan disewa dan mengunakan papan karom antarabangsa tetapi kejohanan kali ini mengunakan papan karom Malaysia. 

Seperti biasa sebelum kejohanan bermula taklimat diberikan oleh ketua pengadil mengenai peraturan permainan secara ringkas. Terdapat beberapa soalan dan kemuskilan ditanya untuk pencerahan. Kejohanan bermula agak lewat sedikit kerana terdapat peserta dari beberapa pasukan yang tersangkut dijalan memandangkan kejohanan di adakan pada hari kerja dan lokasi juga memberi sedikit kesukaran yang berada di tengah kota. 

Pasukan yang bertanding di bahagikan kepada 2 kumpulan iaitu:

KUMPULAN A
1. MAIWP
2. PUSRAWI
3. KPBKL

KUMPULAN B
1. PICOMS
2. PPZ
3. BROTHERHOOD











































KEPUTUSAN KEJOHANAN:
Johan: MAIWP
Naib Johan: PICOMS
Tempat Ketiga bersama: PPZ dan PUSRAWI

Saya selaku ketua pengadil mengucapkan setinggi terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi layanan yang memuaskan hingga ke akhir kejohanan. Kami juga mengucapkan syabas kepada pihak penganjur yang berjaya sebagai tuan untuk sukan MAIWP pada tahun ini. Sehingga berjumpa lagi...


MAJU SUKAN DEMI NEGARA

No comments:

Post a Comment