Sunday, September 24, 2023

PERTANDINGAN KAROM KARNIVAL KEMENTERIAN KEWANGAN 2023

Tarikh: 25, 26 & 27 Ogos 2023

Masa: 9.00 pagi

Tempat: INSPEN, Kajang, Selangor.

Kumpulan A: SC, Bursa, MOF, LPPSA, JKDM & LHDNM

Kumpulan B: JPPH, PIDM, KWAP, BSN, KWSP & BNM

Peraturan: Karom Malaysia



Bertemu sekali lagi Pertandingan Karom Karnival Sukan Kementerian Kewangan 2023. Penganjuran kali tuan rumah di amanahkan kepada PDIM selaku pengerak utama pertandingan kali ini. Terdapat 12 pasukan yang mengambil bahagian dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Kategori perlawanan adalah seperti berikut perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan regu campuran. Undian pasukan telah dijalankan pada 22 Ogos 2023. 


Kali ini format kejohanan agak berbeza sedikit kerana perlawanan hanya dijalankan 1 set perlawanan sahaja. Format ini diperkenalkan oleh penganjur kerana ingin mengawal jadual perlawanan yang mungkin berjalan dalam masa yang agak lama. Semasa mesyuarat pengurus pasukan ada di antara mereka menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing tetapi pihak penganjur masih mengekalkan format terssebut. Keputusan sebulat suara dicapai untuk mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh pihak penganjur.


Peringkat kumpulan di jalan secara liga dan dua pasukan yang paling teratas melangkah ke separuh akhir. Pertandingan berlansung selama 3 hari bermula hari Jumaat pada 25 Ogos 2023 sehingga Ahad hari terakhir pertanding pada 27 Ogos 2023. Kejohanan berjalan lancar dan mengikut jadual seperti yang dirancang. 


Sebelum pertandingan bermula En. Suhaizan daripada My Carrom Academy selaku ketua pengadil memberi taklimat ringkas kejohanan kepada peserta-peserta supaya tiada salah faham semasa perlawanan dan yang lebih penting pertandingan berjalan lancar disepanjang pertandingan berlansung. Seperti juga kejohanan yang lepas pengadil akan mengawasi satu papan setiap seorang dan pada peringkat akhir setiap papan akan kawalselia oleh dua pengadil. Kebiasaanya peringkat akhir emosi dan suasana yang agak berbeza sedikit kerana memerlukan perhatian dan pemantauan yang lebih teliti dan mantap dalam pengawasannya. 

 

































































Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan:

Johan: KWSP

Naib johan: BSN

Ketiga bersama: LHDNM & JKDM

 

Pihak penganjur diketuai oleh En. Alex dan En. Halim daripada PIDM yang cukup profesional dalam menjalankan tugas mereka. Begitu juga pasukan mereka sebagai urusetia pertandingan yang cukup mantap ketika menjalankan tugas pada hari pertama hingga ke penhujung pertandingan. Saya selaku ketua pengadil memberi pujian kepada tuan rumah PIDM dapat menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka dengan sempurna. Pujian sekali lagi ditujukan kepada En. Alex dan En. Halim serta tahniah juga kepada keseluruhan pasukan di bawah kepimpinan mereka yang memberi kerjasama di sepanjang pertandingan berlansung. My Carrom Academy mengucapkan setinggi tinggi terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi kepercayaan sekali lagi dilantik sebagai pengendali teknikal Pertandingan karom Karnival Sukan Kementerian Kewangan 2023 kali ini. 

  


Duduk dari kanan ke kiri Roslan, Kamarudin, Suhaizan, Husin dan Yani.

Berdiri dari kanan ke kiri Hasafawi, Amin, Mazalan, Remey, Kecik, Azmi, Hakim dan Azimie.

 

Terima kasih kepada pengadil-pengadil yang cukup berpengalaman menjalankan tugas dengan cermerlang tanpa adanya insiden yang tidak diingini di sepanjang pertandingan berlansung. Kali ini pertandingan agak menarik kerana buat kali pertama keputusan secara online dengan mengunakan QR code bukan hanya keputusan pertandingan malah lengkap nama pemain dan pasukan. Terima kasih kepada En. Kamarudin dari My Carrom Academy yang menjalankan tugas sebagai urusetia dengan cermerlang sekali. Kami ingin melihat sukan karom seperti juga sukan yang lain diberi keutamaan dan tidak dilihat sebagai sukan sampingan atau pinggiran oleh setengah pihak.

Semoga berjumpa lagi di pertandingan yang akan datang dan kami daripada My Carrom Academy mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di pertandingan kali ini terutama kepada PIDM selaku tuan rumah pada kali ini.