Tuesday, August 25, 2015

KARNIVAL SUKAN PANASONIC 2015

Tarikh: 23 Ogos 2015
Tempat: Kompleks Sukan Negara, Shah Alam.

Pihak penganjur memberi jadual dan mengingatkan kami supaya datang lebih awal kerana perlawanan akan bermula jam 8.00 pagi. Terimakasih kepada sahabat saya Sulaiman yang sampai awal di rumah dan kami bergerak tepat jam 6.30 pagi dari rumah di Sungai Buloh. Memandangkan masa masih terlalu awal, maka kami bersarapan terlebih dahulu. Selepas itu kami bergerak ke Kompleks Sukan Negara yang tidak jauh dari tempat kami bersarapan dan terus membuat persediaan dengan mengatur papan karom.

Saya juga mengarahkan urusetia menyediakan meja dan kerusi tambahan serta membuat persediaan perlawanan yang hampir bermula. Saya memberi tunjuk ajar dan alhamdulillah kecekapan mereka dapat melancarkan lagi perlawanan hari ini. 
 
Perlawanan karom kategori regu campuran yang dianjurkan oleh Panasonic sempena Karnival Sukan Panasonic 2015. Saya di jemput sebagai ketua pengadil bersama dua lagi pengadil iaitu Sulaiman dan Azib untuk mengendalikan kejohanan kali ini.

Kejohanan kali ini terdiri daripada dua kumpulan iaitu:

Kumpulan A: PAPAMY, PAVCKM, PECMY, PIDMY dan PMMA
Kumpulan B: PMMA, PICMY, PAPAMY dan PAVCKM

Pusingan pertama dijalankan secara liga dan seterusnya peringkat separuh akhir dijalankan secara kalah mati. Sebelum perlawanan bermula saya selaku ketua pengadil memberi sedikit pencerahan kepada peserta-peserta supaya bermain dengan lebih teratur berdisplin dalam permainan. Permulaan agak terlewat melebihi setengah jam kerana menunggu pasukan yang datang. Ini perkara biasa berlaku kerana kejohanan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sendiri. Perlawanan pertama bermula sekitar jam 8.45 pagi.
  
Berikut adalah aksi-aksi di pusingan awal dalam kumpulan A dan B



KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN
 

PERLAWANAN SEPARUH AKHIR


PERLAWANAN AKHIR

PIDMY muncul juara karom pada karnival tahun ini dengan kemenangan "straight game". Nasib juga menyebelahi mereka kerana pada set yang terakhir buah karom yang di pukul dari keadaan yang agak susah tiba-tiba boleh berada tepi saku iaitu hampir separuh buah karom. Pihak lawan juga tinggal satu tetapi buah karom agak jauh sedikit dari saku. Giliran pihak lawan termenung sekelap menyuruh pasangan wanitanya mengeluarkan buah karom tersebut dengan sekuat hatinya tetapi amat malang kerana buah karom masuk terus ke dalam saku. Begitulah suasana yang agak tegang dan suspen di set kedua. Walau bagaimana pun tahniah juga kepada pasangan daripada PAPAMY yang berjaya sampai ke peringkat akhir. Permainan mereka juga bagus tetapi mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi mereka. 
  

Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada pasukan yang gagal diharap jangan berputus asa dan mereka perlu bekerja lebIh keras lagi untuk persiapan karival sukan yang akan datang.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita bersama mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.