Sunday, January 11, 2015

MOM, KOM PERLU SEGERA BINCANG

WARTAWAN SINAR HARIAN
10 Januari 2015

Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Belia dan Sukan


MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, meminta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) agar mengadakan perbincangan bersama dengan segera mengenai penganjuran Maraton Antarabangsa Malaysia (MIM) 2015.

Menurutnya, ini kerana KOM berada di bawah MOM dan tidak semestinya kedua-dua badan itu bermasalah disebabkan oleh satu acara sukan.

“Jadi, saya minta mereka berbincang dengan baik dan dapat penyelesaian win win situation. Tak perlu saya selesaikan masalah yang agak kecil ini. Ini lebih kepada masalah personaliti.

“Saya minta mereka mengetepikan apa sahaja masalah personaliti dan mereka bincang untuk menjayakan acara ini,” katanya diminta mengulas tindakan MOM yang akan meneruskan rancangan menganjurkan MIM 2015 pada 23 dan 24 Mei di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, walaupun tidak mendapat pengiktirafan KOM.

KOM dikatakan meminta RM3 juta daripada MOM untuk dibayar kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa sebagai kos menganjurkan acara bersempena sambutan ulang tahun ke-60 MOM itu.

Sebaliknya, Naib Presiden MOM, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berkata, mereka tidak memerlukan persetujuan KOM untuk menganjurkan acara itu kerana telah mendapat kelulusan Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Olahraga Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


ULASAN PENULIS

Apa jua acara sukan yang dikendalikan oleh pihak ketiga untuk menyuburkan sukan perlu dibenarkan dan digalakkan demi mempopularkan sukan itu sendiri. Pihak ketiga hanya sekadar memberitahu sahaja dan jika mendapatkan kelulusan dikira sudah cukup bagus. Jika sudah diberitahu lebih awal, maka program tersebut boleh dirancangkan dan dilaksanakan untuk kejayaan bersama. Sepatutnya jika terdapat pihak ketiga mempunyai kemampuan melaksanakan sesuatu program, maka apa yang perlu badan induk hanya bertindak untuk menyokong sahaja dan bukan sebagai penghalang atau menimbulkan ketegangan sesama sendiri. Isu remeh temeh tidak perlu timbul dan akhirnya akan memakan diri sendiri.  

Bukan satu perkara mudah untuk melaksanakan sesuatu program kerana ianya memerlukan pengalaman, keupayaan dan yang lebih penting punca dana untuk program tersebut. Kita juga memerlukan kepakaran dan kreativiti pihak ketiga di dalam menjayakan program demi kebangkitan sesuatu program yang boleh membawa ke arah yang lebih baik demi sukan yang hendak ditonjolkan. Jangan ada sifat dengki mengki di dalam benak hati yang tidak membawa ke mana-mana malah juga akan membawa kepada perpecahan sesama sendiri.

Anggota-anggota di badan induk yang terpilih atau dilantik perlu lebih kreatif yang mampu memberi ransangan baru di dalam badan yang diiktiraf. Jangan hanya memilih kroni di dalam menanggotai di dalam senarai AJK yang tidak bijak dan tidak mampu memberi sebarang menafaat untuk badan induk tersebut. Akhirnya dilihat sebagai gajah putih sahaja. Carilah orang yang lebih berkelayakkan dan berpengalaman yang terlibat secara lansung demi pembangunan sukan.

Sekadar komen peribadi yang ingin melihat aktiviti sukan di tanah air lebih matang dan bergerak ke hadapan.

Maju sukan demi negara

Wednesday, January 7, 2015

PKINK TEKAD JULANG MARTABAT SUKAN KAROM

OlehNorAmalina Alias
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) berhasrat menjadikan Kelantan sebagai hab sukan karom bagi menaik taraf ‘jaguh kampung’ karom setaraf dengan pemain sukan lain.

Ketua Eksekutif Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, PKINK juga mahu martabat sukan karom dipandang lebih serius seperti sukan bola sepak dan menolak tanggapan karom sekadar sukan santai yang hanya dimainkan di warung kopi atau peringkat kampung saja.


Katanya, sehubunganitu PKINK mahu bertindak sebagai pelopor sukan ini dengan menganjurkan kejohanan karom sebagai acara tahunan bagi mencungkil bakat baru dalam sukan ini.

“Selain itu, kita mahu mereka melihat karom sebagai sukan yang mampu dibawa bertanding ke peringkat negeri dan antarabangsa.

“Kini sudah ad apertandingan karom peringkat dunia, tapi kita masih lagi main di kampung,” katanya sempena Kejohanan Karom Terbuka Kelantan 2014 di pejabat PKINK, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Eksekutif PKINK Mohd Shah Abd Kadir.

Artikel ini disiarkan pada: Jumaat, 2 January 2015 @ 7:27 AM