Monday, November 16, 2015

PERTANDINGAN KAROM PERSEORANGAN TERBUKA SEMPENA KONVOKESYEN UNIMAS 2015

Laporan daripada En. Nawawi Muhamad


KELAB KAROM UNIMAS

PERTANDINGAN KAROM PERSEORANGAN TERBUKA
SEMPENA KONVOKESYEN UNIMAS 2015

ANJURAN

KELAB KAROM & UNIT SUKAN UNIMAS
DENGAN KERJASAMA
FAKULTI KEJURUTERAAN

PIALA PROF. DATO’ DR MOHAMAD KADIM BIN SUAIDI 
 
TARIKH:
14 November 2015

TEMPAT:
Ruang Serbaguna Mekanikal Fakulti Kejuruteraan
Universiti Malaysia Sarawak
Kota Samarahan, Sarawak


ANJURAN:
Kelab Karom UNIMAS & Unit Sukan UNIMAS Dengan Kerjasama Fakulti Kejuruteraan


Pertandingan Karom Perseorangan Terbuka Piala Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suaidi sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 ini diadakan adalah bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli Kelab Rekreasi Jabatan Kerajaan, IPT dan penduduk sekitar Kota Samarahan  di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillatulrahim. Disamping itu, ia dapat mendorong ahli kelab mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Melaluinya, diharapkan agar ahli kelab dapat mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif dan terbilang.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan yang amat mengalakan di mana 24 orang peserta dari pelbagai jabatan antaranya Majlis Sukan Negara, Jabatan Akauntan Negara, Perumahan, Perubatan Kota Samarahan, penduduk sekitar Kota Samarahan dan juga Kuching turut serta pertandingan ini.

Pertandingan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir tepat pada pukul 4 petang. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Prof Madya Dr. Al Khalid bin Othman Dekan Fakulti Kejuteraan dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr Azhaili Baharun mantan Dekan Fakalti Fakulti Kejuruteraan yang juga merupakan Pengerusi Kelab Karom Unimas.

Juara Karom Perseorangan Terbuka Piala Prof Dato’ Dr Kadim telah dimenangi oleh Encik Thomas Yap Ling Siaw dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia dengan membawa balik hadiah berupa sebuah Piala, Medal dan wang tunai sebanyak RM200.00, Naib Juara telah dimenangi oleh Encik Azzmi Bawi dari Unimas mendapat satu medal dan wang tunai RM100.00 dan tempat ketiga bersama dimenangi oleh Encik Mohamad Hadzlan bin Yusuf dari Unimas dan Encik Mohd Muazzam bin Mohd Mahli dari Majlis Sukan Negara Kuching

Majlis diakhiri dengan  sesi bergambar semua para peserta,  Ajk pertandingan dan pengadil bersama Prof Madya  Dr. Al Khalid bin Othman Dekan Fakulti Kejuteraan Dekan untuk kenang kenangan.

Pertandingan Karom Terbuka 2015 ini merupakan salah satu acara bagi memenuhi aktiviti kelab pada tahun 2015. Pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang dan mendapat sambutan daripada semua pihak dan diharapkan pertandingan ini dijadikan sebagai acara tahunan pada setiap Majlis Konvokesyen Universiti. Pihak penganjur Kelab Karom Unimas & Unit Sukan Unimas dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak, ajk pertandingan mahupun peserta.


Sebelum memulakan pertandingan, En Abd Rahman b. Abd Latiff selaku pengadil menerangkan peraturan yang perlu di patuhi oleh semua peserta.

 Pertandingan Secara Liga Mengikut Kumpulan A, B, C dan D bermula

Peserta yang layak ke Suku Akhir

Perlawanan Suku Akhir bermula

Perlawanan separuh akhir pertama di antara En. Mohd Muazzam bin Mohd Mahli (MSN) Encik Azzmi Bawi (Unimas)

 Perlawanan separuh akhir kedua di antara En. Thomas Yap Ling Siaw (JANM) En. Mohamad Hadzlan bin Yusuf (Unimas) 

En.  Thomas Yap Ling Siaw (JANM) vs Encik Azzmi Bawi (Unimas)

Majlis Penyampaian Hadiah kepada Johan dan Naib Johan yang di sampai oleh Prof Madya Dr. Al Khalid bin Othman Dekan Fakulti Kejuteraan dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr Azhaili Baharun mantan Dekan Fakalti Fakulti Kejuruteraan yang juga merupakan Pengerusi Kelab Karom Unimas.

Gambar kenangan bersama dengan semua permenang di Pertandingan Karom Perseorangan Terbuka Piala Prof Dato’ Dr Kadim sempena Majlis Konvokesyen Ke-19.