Tuesday, December 30, 2014

PKINK ANJUR KEJOHANAN KAROM 2014

KOTA BHARU 17 Dis. – Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akan menganjurkan Kejohanan Karom Terbuka Kelantan pada 27 dan 28 Disember ini.

Ketua Eksekutif PKINK, Dr. Wan Zawawi Wan Ismail berkata, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan negeri.

Beliau berkata, kejohanan itu akan membuka penyertaan kepada peserta daripada seluruh negara.

“Kita menyasarkan penyertaan sebanyak 180 peserta melalui dua kategori iaitu perseorangan dan beregu. Peserta yang ingin me­nyertai kejohanan itu akan dikenakan yuran sebanyak RM30 untuk perseorangan dan RM60 bagi beregu.

“Bagi yang berminat untuk menyertai kejohanan karom ini dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat PKINK 09-7414141,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Wan Zawawi, selain menarik ramai penyertaan, kejohanan seperti ini juga mampu membantu mengetengahkan permainan ini ke peringkat yang lebih tinggi.

“Pada tahun depan, kami berhasrat mengadakan pertandingan karom berkonsepkan liga yang mampu menarik lebih ramai lagi penyertaan,” ujarnya.

Sementara itu, Wan Zawawi berkata, PKINK mahu Kelantan menjadi hub permainan karom berikutan sambutan dan pengli­batan masyarakat di negeri ini terhadap sukan berkenaan semakin mengalakkan.

Katanya, aktiviti berkenaan perlu dipandang serius oleh semua pihak agar ia boleh berdiri setaraf dengan sukan-sukan lain seperti bola sepak dan sebagai­nya.

“Kita mahu permainan ini diketengahkan sehingga ke pe­ringkat dunia, bukan hanya sekadar dijadikan aktiviti pada masa lapang.

“Selain itu, aktiviti karom ini juga berpotensi menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Kelantan,” katanya.


http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pkink-anjur-kejohanan-karom-1.37604#sthash.K3SAoRvR.dpuf

BAHAGIAN II: KEJOHANAN KAROM ICU JPM 2014

Tarikh: 29 November 2014
Tempat: Kota Bharu, Kelantan.

Pertandingan akhir Kejohanan Karom ICU JPM 2014 telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Empat pasukan yang layak ke separuk akhir adalah Johan dan naib johan kumpulan A iaitu BORNEO dan HQ. Manakala Johan dan naib johan kumpulan B pula ialah PERDA dan SELATAN.

Peringkat separuh akhir pertama
BORNEO (3) vs SELATAN (2)

Peringkat separuh akhir kedua
PERDA (2) vs HQ (3)

Di dalam perlawanan separuh akhir pertama di menangi oleh pasukan BORNEO, manakala perlawanan separuh akhir kedua dimenangi oleh pasukan daripada HQ. Pasukan BORNEO dan pasukan HQ adalah merupakan dua pasukan yang sama-sama berada di dalam kumpulan A. Memandangkan kedua-dua pasukan mengalahkan lawan masing-masing dan mereka bertemu kembali di peringkat akhir. Mengimbas kembali pada perlawanan peringkat kumpulan pasukan BORNEO berjaya menumpaskan pasukan HQ dengan mata 3 berbalas 2.

Perlawanan akhir di antara BORNEO vs HQ adalah untuk membuktikan pasukan yang mana paling mantap unttuk muncul juara sukan karom tahun 2014. Keputusan akhir telah terbukti bahawa HQ dapat mengatasi pasukan BORNEO dengan keputusan 4 berbalas 1. Mungkin perlawanan akhir pasukan HQ sebagai underdog tetapi berjaya menunjukkan taring di perlawanan akhir.

 
Naib johan pasukan BORNEO

 Johan pasukan HQ

Terimakasih kepada En. Ahnaf yang memberi dua gambar penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kejohanan pada tahun ini. Tahniah kepada pasukan yang berjaya dan kepada yang gagal cuba dan cuba di siri kejohanan yang akan datang.

BAHAGIAN I: KEJOHANAN KAROM ICU JPM 2014

Tarikh: 1 November 2014
Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat: Inspen Bangi, Selangor.


Saya telah dihubungi oleh En. Ahnaf untuk mengendalikan kejohanan ICU JPM yang akan berlansung pada tahun ini. Saya bersetuju untuk bertemu dan mengadakan mesyuarat seperti dipersetujui kedua-dua pihak. Mesyuarat pertama telah berlansung pada 3 Oktober 2014 jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat BSR, Bahagian Kesejahteraan Rakyat, Aras 1, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, PutrajayaMesyuarat tersebut di pengerusikan oleh En. Aizul Fidy selaku Timbalan Pengarah BSR. Kali kedua saya dihubungi oleh En Ahnaf untuk melihat sesuasana gelangang kejohanan bertempat di Inspen, Bangi. 

Seperti yang dijanjikan sehari sebelum kejohanan saya bersama En. Sabirin dan Puan Suzana menghantar papan karom dan kelengkapan kejohanan ke tempat kejohanan yang di Inspen Bangi. Seperti keputusan yang diambil semasa lawatan gelangang kejohanan sebelum ini disediakan sebanyak dua bilik dan ini bermakna dua kumpulan akan dipisahkan. Saya mengarahkan En. Sabirin mengawal satu bilik dan satu bilik lagi saya sendiri mengawalnya.

Seperti biasa sebelum kejohanan bermula taklimat kejohanan dan sesi soal jawap supaya peserta memahami undang-undang permainan dan bermain dalam keadaan yang selesa. Pasukan yang bertanding dibahagi kepada dua kumpulan iaitu:

Kumpulan A
1. Borneo
2. Tengah
3. Timur
4. HQ

Kumpulan B
1. Perda
2. Selatan
3. Utara


































Disepanjang kejohanan di peringkat kumpulan berjalan lancar dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Perlawanan di peringkat kumpulan berjalan mengikut jadual sehingga selesai dan mendapat keputusan pada hari itu juga.

Pasukan yang layak masuk ke separuh akhir adalah terdiri daripada empat pasukan iaitu johan dan naib johan kumpulan. Pertandingan yang dijalankan di Inspen hanya setakat menentukan johan dan naib johan peringkat kumpulana sahaja. Perlawanan separuh akhir dan akhir akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 29 November 2014. Berikut keputusan pasukan yang layak bertanding di Kota Bharu adalah seperti berikut:

Kumpulan A
Johan: BORNEO
Naib Johan: HQ

Kumpulan B
Johan: PERDA
Naib Johan: SELATAN

 
Pengadil-Pengadil yang cukup berdidikasi di dalam menjalankan tugas

Thursday, December 25, 2014

KEJOHANAN KAROM PROTON TANJUNG MALIM 2014

Tarikh: 26 Oktober 2014
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bangunan Baru HR Proton Tanjung Malim, Perak.

Saya dihubungi oleh wakil penganjur daripada UPSI Tanjung Malim dua hari sebelum kejohanan berlansung. Pada mulanya saya menolak memandangkan saya dan kumpulan saya ingin bertanding di Kejohanan Karom DBKL.2014 di Kuala Lumpur yang jatuh pada hari yang sama. Kemudiannya saya dihubungi pula oleh pihak penganjur sendiri dan meminta saya kendalikan kejohanan mereka memandangkan tiada penganti. Akhirnya saya bersetuju kerana ingin menolong supaya kejohanan tersebut dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pada hari kejohanan saya bergerak awal dari rumah dan tiba di kawasan kilang Proton Tanjung Malim agak awal sekitar 7.00 pagi. Saya mengambil peluang berehat seketika. Sekitar 8.30 pagi pihak penganjur iaitu En. Hassan menghubungi saya supaya masuk ke dalam kawasan kilang dan terus menuju ke bangunan baru HR. Setiba di kawasan parkir saya disambut oleh pembantu En. Hassan dan terus ke tingkat satu iaitu tempat kejohanan yang akan berlansung.

Semasa berbincang dengan En. Hassan saya mencadangkan mengunakan format kad kiraan yang saya reka untuk mempermudahkan apabila tiba pembahagian markah nanti. Kad kiraan ini penting untuk mendapatkan keputusan kejohanan yang tepat dan adil. Semasa pihak penganjur membuat salinan kad kiraan dalam masa yang sama saya memberi taklimat kejohanan dan menyentuh undang-undang permainan sehingga kepada permarkahan. Saya juga membuka ruang kepada peserta-peserta untuk kemukakan soalan-soalan supaya mereka lebih faham dan dengan ini perlawanan akan berjalan dengan lancar dan tiada isu-isu yang berbangkit atau ketidakpuasan semasa kejohanan berlansung. 

Format kejohanan adalah seperti berikut: Perseorangan Lelaki, Regu Lelaki Pertama dan Regu Lelaki Kedua. Kejohanan kali ini disertai sebanyak lapan pasukan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Berikut adalah senarai pasukan yang berada di kumpulan A dan kumpulan B selepas undian yang telah dijalankan terlebih dahulu sebelum hari kejohanan.

Kumpulan A
1. Painting
2. Kumpulan Korporat
3. ETM
4. Stamping/PM

Kumpulan B
1. Trim & Final
2. QC
3. PPC
4. Body









 



 


 

 







  




Dua pasukan dari setiap kumpulan meneruskan ke pusingan separuh akhir. Berikut adalah pasukan yang berjaya memasuki ke separuh akhir.

Separuh Akhir Pertama
Johan Kumpulan A (Stamping/PM) vs Naib Johan Kumpulan B (Trim & Final).

Separuh Akhir Kedua
Johan Kumpulan B (Body) vs Naib Johan Kumpulan A (Painting).






Di dalam perlawanan separuh akhir pertama Pasukan Stamping/Pm menewaskan Pasukan Trim & Final dengan 4 berbalas 2. Manakala Separuh Akhir kedua pula Pasukan Painting menewaskan Pasukan Body dengan 4 berbalas 3. Dengan ini perlawan akhir di antara Pasukan Stamping/PM vs Pasukan Painting dengan berkesudahan Pasukan Stamping/PM mengalahkan Pasukan Painting dengan 2 - 0. Penentuan tempat ketiga di antara Pasukan Body vs Pasukan Trim & Final yang dimenangi oleh Pasukan Body.

Berikut adalah keputusan akhir bagi pasukan yang bertanding:

JOHAN: Stamping/PM
NAIB JOHAN: Painting
KETIGA: Body
KEEMPAT: Trim & Final

Keputusan akhir kejohanan

Saya mengharapkan pihak penganjur akan meneruskan kejohanan seperti ini kerana saya melihat terdapat ramai pemain-pemain karom yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dan bukan hanya setakat berlawan satu bumbung sesama sendiri. Saya menyarankan agar mereka keluar untuk bertempur di luar kepompong dan dapat melihat potensi diri dan juga untuk membawa bersama bendera syarikat yang mereka wakili.

Akhir sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada En. Hassan selaku penganjur yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan kejohanan pada kali ini. Diharap ini bukanlah titik terakhir pihak penganjur memerlukan perkhidmatan saya. Memandangkan saya bergiat dan memberi perkhidmatan dan promosi di dalam sukan karom diharap ini sebagai titik permulaan untuk berkerjasama dengan organisasi Proton di masa hadapan.

Maju sukan untuk negara.