Monday, October 2, 2017

KEJOHANAN KAROM FELDA 2017

Tarikh: 17 - 18 Julai 2017
Tempat: UPSI Tanjung Malim, Perak.

Kejohanan Karom FELDA tahun ini Trolak diberikan amanah sebagai tuan rumah dan UPSI di Tanjung Malim sebagai gelanggang kejohanan. Gelanggang kejohanan yang disediakan kali agak kecil dan hanya cukup-cukup untuk 10 papan. Apabila penonton masuk ke ruang gelanggang ianya menjadi agak sendat atau sempit. Mungkin akan datang tuan rumah perlu memikirkan ruangan yang agak selesa sedikit untuk penyokong-penyokong pasukan boleh turut serta melihat perlawanan.

Kejohanan kali ini dibahagikan kepada tiga kumpulan:

Kumpulan A: Raja Alias, Jengka, Johor Bahru dan Kuala Lumpur 1
Kumpulan B: Trolak, Gua Musang, Segamat dan Kuala Lumpur 2
Kumpulan C: Kuantan, Mempaga dan Terengganu

Format kejohanan seperti tahun-tahun lepas iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.













































 













KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN

JOHAN: Kuala Lumpur 2
NAIB JOHAN: Segamat
KETIGA: Jengka
KEEMPAT: Kuala Lumpur 1

Cenderamata kepada En. Hafiz selaku ketua teknikal SUFMA 2017

 Cenderamata kepada En. Muhammad selaku koordinator karom SUFMA 2017