Tuesday, February 16, 2016

KEJOHANAN KAROM KEMENTERIAN KEWANGAN 2015

Tarikh: 27 - 28 Desember 2015
Tempat: Dewan Jubli, Inspen, Bangi, Selangor.


Sebelum kejohanan bermula dua pertemuan telah di adakan untuk memastikan perjalanan kejohanan karom berjalan lancar. Ini kerana Suruhanjaya Sekuriti selaku tuan rumah pada kali belum mempunyai pengalaman untuk mengendalikan sendiri kejohanan karom peringkat kebangsaan. Peringkat pertama saya dipanggil untuk berbincang dan membuat gerak kerja seperti penyediaan borang kejohanan, sistem pengadilan, pengadilan perlawanan dan format kejohanan bersama pihak penganjur.

Pada kali kedua pula bersama dengan pengurus-pengurus pasukan untuk berbincang dari segi peraturan dan undang-undang perlawanan. Di dalam mesyuarat saya telah memberi beberapa pandangan dan cadangan mengenai undan-undang permainan dan keputusanya diterima baik secara majoriti. Satu cadangan sahaja yang tidak dipersetujui iaitu masa giliran bermain. Masa giliran bermain menurut pandangan mereka tidak menjadi masalah berdasarkan rekod yang lepas, cuma jika mengambil masa yang terlalu lama, maka pengadil perlu membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan pengadil itu sendiri.

Pada siri kali ini tuan rumah telah memilih gelanggang kejohanan di Inspen di Bangi, Selangor. Persiapan peralatan disusun rapi sehari sebelum kejohanan bermula dimana beberapa orang pengadil dan urusetia menjalankan tugas dengan sempurna.

Terdapat 8 pasukan yang mengambil bahagian dan undian telah dilakukan lebih awal oleh pihak penganjur sebelum ini. Berikut adalah pasukan yang bertanding dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu:

Kumpulan A: (EPF, BNM, KASTAM dan JPPH)
Kumpulan B: (BSN, LHDN, MOF dan SC)









 





 




































 









Berikut adalah keputusan akhir kejohanan

Johan: EPF
Naib Johan: KASTAM
Ketiga: MOF dan LHDN

Pasukan EPF menjuarai kejohanan Karom Kementerian Kewangan 2015

  
Ketua Pengadil menyerahkan cenderamata kepada pihak penganjur En. Noor Zaidi
 
Ketua Pengadil menyerahkan cenderamata kepada pihak penganjur En. Asmadi

Suruhanjaya Sekuriti yang di amanahkan untuk mengendalikan kejohanan pada kali ini selaku tuan rumah berjalan dengan jayanya. Tahniah kepada pihak penganjur yang bersedia lebih awal untuk memastikan persediaan sebelum dan semasa kejohanan berjalan lancar. Kejohanan tahun ini juga merupakan pertama kali menyediakan pengadil di setiap papan karom. Ini bermakna perlawanan diawasi oleh pengadil sepenuh masa, bermula sehingga selesai perlawanan. Cara ini adalah terbaik kerana pemain-pemain tidak boleh melakukan penipuan dan jika pemain-pemain melakukan kesalahan, maka dengan segera pengadil memberi penalti kepada pemain tersebut.

Sekalung tahniah kepada En. Asmadi dan En. Noor Zaidi kerana dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurn. Kecekapan urusetia menjalankan tugas dengan memberi komitmen dan kerjasama yang cukup padu di sepanjang kejohanan berlansung.


Berikut adalah pengadil-pengadil yang menjalankan dengan penuh dedikasi di sepanjang kejohanan berlansung. Berdiri dari kiri ke kanan Suhaizan (Ketua pengadil) Mutalib, Husin, Amin, Sabirin, Suzana, Azib, Sulaiman, Akmal, Azhar dan Wan Arif. Manakala duduk bermula dari kiri ke kanan Edi, Rafi, Mohd Helmi, Mazlan dan Abu Bakar.

Berjumpa lagi di siri-siri kejohanan karom yang akan datang. Maju sukan untuk menaikkan nama pasukan ke mercu kegemilangan.