Monday, October 2, 2017

KEJOHANAN KAROM UDA 2017

Tarikh: 30 September 2017
Tempat: FRIM Kepong, Kuala Lumpur.

Kejohanan karom UDA 2017 tahun ini kembali lagi dan empat pasukan telah mengambil bahagian. Format kejohanan secara "Round Robin" diperkenalkan memandangkan hanya empat pasukan mengambil bahagian. Terdapat lima kategori perlawanan diadakan iaitu Perseorangan Lelaki, Beregu Lelaki 1, Beregu Lelaki 2, Beregu Lelaki, Beregu Wanita dan Beregu Campuran. Permulaan kejohanan bermula agak lewat sekitar jam hampir 10:30 pagi selepas taklimat perlawanan diberikan oleh ketua pengadil.

Empat pasukan yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:

1. Inspired
2. The Blue Knights 
3.Yellow Vengers
4. Green Arrow 
 
 


























 KEPUTUSAN AKHIR KEJOHANAN

Kejohanan berakhir sekitar jam 5:15 petang dan berikut adalah keputusan akhir kejohanan:

JOHAN: THE BLUE KNIGHTS
NAIB JOHAN: GREEN ARROW
KETIGA: YELLOW VENGERS
KEEMPAT: INSPIRED

Tahniah kepada pemenang dan kepada yang gagal cuba lagi di tahun hadapan. Kekalahan hari ini bukan bererti gagal selamanya tetapi merupakan satu pengajaran untuk kita melakukan yang lebih baik di masa akan datang. Penambahbaikkan bukan ibarat jatuh ke riba atau datang bergolek tetapi dengan usaha mencari ilmu dan beramal dengannya. In shaa Allah pasti ada cahaya membantu anda untuk melihat dengan lebih terang lagi. 

Berjumpa lagi di tahun-tahun yang akan datang...

Bermain karom nampak senang
Duduk dahulu baru tahu
Bila menjentik kena tenang
Kalau salah jadi bercelaru 

No comments:

Post a Comment