Monday, October 2, 2017

KEJOHANAN KAROM SUKUM 2017



Tarikh: 29 - 31 Julai 2017
Tempat: UPSI Tanjung Malim, Perak.

Tahun ini UPSI di Tanjong Malim diberi mandat sebgai tuan rumah buat pertama kali. Persiapan awal telah dilakukan untuk memberi kesempurnaan gelanggang dan cuba memberi yang terbaik. Kejohanan berlansung selama tiga hari dengan jadual perlawanan yang cukup padat, tetapi alhamdulillah dapat dikendalikan dengan baik hingga selesai dengan sempurna. UPSI selaku tuan rumah mengubah format kejohanan dimana sebelum ini secara berpasukan tetapi kali ini dengan mengadakan empat kategori iaitu, individu lelaki, individu wanita, beregu lelaki dan beregu wanita.

Berikut adalah pasukan yang bertanding:

Individu lelaki terdappat 4 kumpulan
Kumpulan A: UPSI 'A', UIAM 'B' dan UNIMAS 'B'
Kumpulan B: UPSI 'B', UNIMAS 'B' dan UM 'B'
Kumpulan C: UiTM, UM 'A' DAN UKM 'B'
Kumpulan D: UKM 'A', UIAM 'A' dan UTM

Individu wanita terdapat 3 kumpulan
Kumpulan A: UPSI 'A', UIAM 'B' dan UNIMAS 'B'
Kumpulan B: UPSI 'B', UNIMAS 'A', UM 'B' dan UKM 'B'
Kumpulan C: UTM, UM 'A', UIAM 'A' dan UKM 'B'

Beregu Lelaki terdapat 3 kumpulan
Kumpulan A: UPSI 'A', UIAM 'B' DAN UM 'B'
Kumpulan B: UPSI 'B', UKM 'B', UTM DAN UNIMAS
Kumpulan C: UiTM, UM 'A', UKM 'A' DAN UIAM 'A'

Beregu wanita terdapat 2 kumpulan
Kumpulan A: UPSI 'A', UIAM 'A', UKM 'B', UM
Kumpulan B: UPSI 'B', UIAM 'B', UKM 'A' dan UNIMAS
















































 

 

KEPUTUSAN PERSEORANGAN LELAKI
Johan: UM 'A'
Kedua: UiTM
Ketiga: UM 'B'

KEPUTUSAN PERSEORANGAN WANITA
Johan: UM 'B'
Kedua: UKM 'A'
Ketiga: UTM

KEPUTUSAN BEREGU LELAKI
Johan: UM 'A'
Kedua: UM 'B'
Ketiga: UNIMAS

KEPUTUSAN BEREGU WANITA
Johan: UM
Kedua: UNIMAS
Ketiga: UIAM 'A'


Sebelum bersurai tuan rumah memanggil pengurus-pengurus pasukan dan ketua pengadil sebagai penutup. Semasa berdiskusi ini ada beberapa perkara yang dibangkitkan untuk penambahbaikkan di masa hadapan. Akhir kata, memetik kata-kata pengurus pasukan daripada UIAM semasa post mortem bersama-sama pengurus-pengurus pasukan, beliau berkata "Bermain dimeja bersegi empat yang kecil pun masih tidak dapat menunjukkan satu ukwah" Marilah kita bersama-sama renungi kata-kata itu...

Sebelum menutup tirai, saya ingin memuji kesungguhan tuan rumah yang diketuai oleh Puan Suriati dan En. Hafiz dapat menyediakan gelanggang yang cukup selesa dengan ruangan yang besar. Terimakasih juga kepada adik-adik yang bakal guru menjadi urusetia yang silih berganti membantu dan dapat melaksanakan tugas dengan cukup memuaskan. Tahniah semua dan in shaa Allah sehingga berjumpa lagi di lain masa dan di lain tempat pula.

Pergi ke sungai memancing udang
Udang tak dapat habis umpan
Dari jauh kami diundang
In shaa Allah berjumpa di masa hadapan

Dari jauh kami diundang
In shaa Allah berjumpa di masa hadapan
Hingga kini terpandang-pandang
Terima kasih melayan dengan sopan

No comments:

Post a Comment