Sunday, September 24, 2023

SUKAN ZONE KAROM FRIM 2023

Tarikh: 9 September 2023

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Dewan Badminton FRIM, Kepong, Selangor.

Pasukan: Zone A, Zone B, Zone C dan Zone D

Peraturan: Karom Malaysia


Kejohanan kali ini dijalankan secara santai sahaja kerana ramai pemain-pemain baru mengambil bahagian. Sebelum kejohanan bermula taklimat ringkas kejohanan telah disampaikan oleh En. Suhaizan. Di sepanjang kejohanan berlansung cukup menarik kerana tiada insiden yang tidak diingini berlaku dan berjalan lancar. Kejohanan ini juga bertujuan untuk mencari pemain-pemain untuk mewakili pasukan FRIM di kejohanan NRE yang akan di adakan pada bulan Oktober nanti.

Format kejohanan adalah regu lelaki, regu wanita dan regu campuran. Kejohanan dijalankan secara "round robin" kerana hanya 4 pasukan sahaja yang mengambil bahagian. Kejohanan berjalan lancar dan berakhir sekitar 1.30 petang.

 








































Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan

Johan: Zone B

Naib Johan: Zone C

Ketiga: Zone A

Keempat: Zone D


Pengadil yang bertugas

Berdiri dari kanan ke kiri En. Ghazali, En Suhaizan (Ketua pengadil), Puan Siti Salwana dan Puan Rashidah

 

En. Ghazali memberi saguhati kepada En Suhaizan


Diharapkan sukan karom di FRIM terus maju dan terus melangkah ke hadapan dengan merancang lebih banyak kejohanan di masa hadapan. Dengan adanya latihan berterusan dan kejohanan boleh membantu peningkatan mutu permainan setiap pemain. Untuk mendapatkan kemahiran tahap tinggi bukan mudah kerana memerlukan latihan yang bersistematik dan masa yang panjang. Sehingga berjumpa lagi di kejohanan yang lain pula selamat maju jaya kepada pasukan FRIM bakal menghadapi kejohanan yang akan berlansung pada bulan oktober nanti. 

Hubungi My Carrom Academy di talian +6019-6656101 (SUhaizan) jika memerlukan perkhidmatan sewa peralatan kejohanan dan pengadilan untuk kejohanan karom.

No comments:

Post a Comment