Tuesday, December 1, 2015

KEJOHANAN KAROM FELDA 2015

Tarikh: 12 - 13 November 2015
Tempat: UAIM, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tahun ini negeri Pahang diamanahkan untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan Felda Malaysia peringkat kebangsaan. Sebahagian besar sukan yang dipertandingkan bermain di sekitar UIA dan ada sebahagian lagi bertanding di luar kawasa UIA.

Tempat kejohanan karom agak kurang selesa kerana tempat khas tidak disediakan. Tempat pertandingan hanya diputuskan sebelum hari pertandingan pada keesukkan harinya. Pertandingan karom hanya bermain di ruang legar yang terbuka di dalam Stadium Serbaguna. Sebahagian besar pengurus pasukan membangkitkan isu tempat pertandingan tetapi memandangkan saat-saat akhir, maka perubahan tempat tidak dapat dilakukan. Oleh demikian pengadil-pengadil dan urusetia terpaksa bekerja keras kerana menyusun dan mengemas kembali peralatan karom. Bermakna terpaksa membuat dua kali kerja.

Walau bagaimana pun pertandingan terpaksa diteruskan juga kerana masa yang diberikan agak terhad memandangkan jadual perlawanan yang agak ketat. Walaupun jadual perlawanan pertama bermula agak lewat tetapi dengan kecekapan pengadil-pengadil yang menjalankan perlawanan hari pertama masih dapat mengikut jadual yang disediakan.

Aksi-aksi pertandingan di peringkat  3 kumpulan (A, B dan C).

 



























Berikut adalah keputusan setelah tamat perlawanan di peringkat kumpulan:
Kumpulan A: Johan (Johor Bharu) dan Naib Johan (Kuantan)
Kumpulan B: Johan (Jengka) dan Naib Johan (Terengganu) 
Kumpulan C: Johan (Ibu Pejabat) dan Naib Johan (Segamat)

Penentuan ke pusingan separuh akhir pasukan yang mendapat tempat kedua di dalam setiap kumpulan terpaksa bertanding menerusi sistem "SUDDEN DEATH". Hanya perseorangan lelaki sahaja yang perlu bertanding dan pemenang akan terus bermain ke peringkat separuh akhir. Dalam pertandingan ini pasukan daripada Segamat telah berjaya mengalahkan dua pasukan lain dan layak ke separuh akhir.

 
Segamat vs Kuantan

 
Trengganu vs Kuantan

Lagi satu perlawanan di antara Segamat vs Terengganu (Maaf tiada gambar)


Dalam masa yang sama perlawanan separuh akhir pertama di antara Jengka vs Johor Bharu dijalankan secara serentak untuk menjimatkan waktu.






Segamat berjaya melangkah separuh akhir dan pada sebelah petang pula akan dijalankan perlawanan separuh akhir kedua di antara Ibu Pejabat vs Segamat.






Perlawanan akhir di antara Jengka vs Ibu Pejabat. Keputusan akhir berpihak kepada pasukan Ibu Pejabat dan muncul juara pada tahun 2015.






 Carta Akhir Kejohanan



 Pasukan Segammat muncul Naib Juara



Pasukan Ibu Pejabat mucul Juara kejohanan kali ini.


 Urusetia dan pengadil untuk kejohanan kali ini.

No comments:

Post a Comment