Wednesday, December 16, 2015

KEJOHANAN KAROM MAIWP (KASUMA III) 2015




Tarik: 24 Oktober 2015
Tempat: Dewan PPZ-MAIWP

Kejohanan Karom KASUMA III 2015 telah diadakan PPZ-MAIWP Kuala Lumpur. Pasukan terbahagi kepada dua bahagian iaitu lelaki dan wanita. 

Semasa perbincangan awal sebelum kejohanan bermula bersama pihak penganjur memandangkan jadual perlawanan yang agak singkat, maka saya memberi beberapa cadangan untuk mempercepatkan permainan dan alhamdulillah cadangan diterima dengan baik.

Pada hari kejohanan, sukan karom tidak dapat bermula mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur kerana pertandingan catur masih belum berakhir. Pertandingan karom terpaksa ditunda hampir dua jam untuk memberi laluan pertandingan catur.     


 Jadual perlawanan kumpulan lelaki

Jadual perlawanan kumpulan wanita














 

 



 
 




 





 







 
 

 


















Perlawanan separuh akhir pasukan Lelaki di antara PPZ vs MAIWP B dan MAIWP A vs PUSRAWI. Manakala separuh akhir pasukan Wanita Separuh di antara PPZ vs IPB dan PICOM vs PUSRAWI.

Berikut adalah keputusan akhir Kejohanan Pasukan Lelaki 
Emas: MAIWP A
Perak: PPZ
Gangsa: Pusrawi dan MAIWP B


Berikut adalah keputusan akhir Kejohanan Pasukan Wanita
Emas: Pusrawi
Perak: PPZ
Gangsa: IPB dan PICOMS

Pengadil bertugas dari kiri En. Azmi, En. Mohd Suhaizan dan En. Sulaiman.

 
Cenderamata kepada En. Saiful daripada PPZ-MAIWP) selaku pihak penganjur dan tuan rumah Kejohanan Karom MAIWP (KASUMA III) 2015.

No comments:

Post a Comment