Thursday, December 31, 2015

KEJOHANAN KAROM HARI PENERANGAN DAN INNOVASI 2015

Tarikh: 5 Disember 2015
Tempat: Hotel Nouvelle, Sri Kembangan, Selangor.

Kejohanan ini sempena Hari Penerangan Dan Inovasi peringkat kebangsaan. Zon Ibu Pejabat ditugaskan sebagai tuan rumah pada kejohanan kali ini. Sebanyak 8 pasukan mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B.

Kumpulan A terdiri daripada:
A1 - ZON IBU PEJABAT
A2 - ZON SELATAN
A3 - ZON PRO
A4 - ZON SARAWAK

 
Kumpulan B terdiri daripada:
B1 - ZON TIMUR
B2 - ZON SABAH]
B3 - ZON TENGAH
B4 - ZON UTARA

Gelanggang kejohanan agak sesak kerana bilik yang kecil. Gelanggang asal tidak dapat digunakan untuk diberi laluan kepada satu upacara yang lebih penting. Pertembungan ini tidak dapat dielakkan. Perjalanan kejohanan berjalan lancar walaupun pada peringkat awalnya perlawanan bermula agak lewat sedikit daripada jadual asal.


Berikut adalah aksi-aksi yang dapat dilihat di kejohanan kali ini.

  
 

  







 


 Carta keputusan Kumpulan A


Carta keputusan Kumpulan B

Carta keputusan Akhir


Keputusan rasmi kejohanan adalah seperti berikut:
Johan:  Zon Tengah
Naib Johan: Zon Sabah
Ketiga: Zon Ibu Pejabat
Keempat: Zon Selatan


Barisan Urusetia yang berdidikasi menjalankan tugas.
Koordinator Kejohanan Puan Normadiah daripada Ibu Pejabat menerima cenderamata daripada Ketua Pengadil

Terimakasih kepada pihak penganjur terutama Puan Normadiah yang menyediakan urusetia yang cekap menjalankan tugas serta berdidikasi. Puan Normadiah selalu ketua menerajui kejohanan yang juga turut berkerja keras untuk memastikan kejohanan berjalan lancar.

Akhirnya kejohanan selesai mengiikut jadual dan saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak penganjur berjaya menrealisasikan kejohanan sempena tema tahun ini. Juga tidak ketinggalan kepada pengadil-pengadil yang bertugas dengan cekap sehingga tiada rehat lansung untuk memastikan kejohnan berjalan lancar tanpa sebarang ganguan.
 
Sehingga berjumpa lagi... MAJU SUKAN UNTUK NEGARA


No comments:

Post a Comment