Thursday, December 25, 2014

KEJOHANAN KAROM PROTON TANJUNG MALIM 2014

Tarikh: 26 Oktober 2014
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Bangunan Baru HR Proton Tanjung Malim, Perak.

Saya dihubungi oleh wakil penganjur daripada UPSI Tanjung Malim dua hari sebelum kejohanan berlansung. Pada mulanya saya menolak memandangkan saya dan kumpulan saya ingin bertanding di Kejohanan Karom DBKL.2014 di Kuala Lumpur yang jatuh pada hari yang sama. Kemudiannya saya dihubungi pula oleh pihak penganjur sendiri dan meminta saya kendalikan kejohanan mereka memandangkan tiada penganti. Akhirnya saya bersetuju kerana ingin menolong supaya kejohanan tersebut dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pada hari kejohanan saya bergerak awal dari rumah dan tiba di kawasan kilang Proton Tanjung Malim agak awal sekitar 7.00 pagi. Saya mengambil peluang berehat seketika. Sekitar 8.30 pagi pihak penganjur iaitu En. Hassan menghubungi saya supaya masuk ke dalam kawasan kilang dan terus menuju ke bangunan baru HR. Setiba di kawasan parkir saya disambut oleh pembantu En. Hassan dan terus ke tingkat satu iaitu tempat kejohanan yang akan berlansung.

Semasa berbincang dengan En. Hassan saya mencadangkan mengunakan format kad kiraan yang saya reka untuk mempermudahkan apabila tiba pembahagian markah nanti. Kad kiraan ini penting untuk mendapatkan keputusan kejohanan yang tepat dan adil. Semasa pihak penganjur membuat salinan kad kiraan dalam masa yang sama saya memberi taklimat kejohanan dan menyentuh undang-undang permainan sehingga kepada permarkahan. Saya juga membuka ruang kepada peserta-peserta untuk kemukakan soalan-soalan supaya mereka lebih faham dan dengan ini perlawanan akan berjalan dengan lancar dan tiada isu-isu yang berbangkit atau ketidakpuasan semasa kejohanan berlansung. 

Format kejohanan adalah seperti berikut: Perseorangan Lelaki, Regu Lelaki Pertama dan Regu Lelaki Kedua. Kejohanan kali ini disertai sebanyak lapan pasukan dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Berikut adalah senarai pasukan yang berada di kumpulan A dan kumpulan B selepas undian yang telah dijalankan terlebih dahulu sebelum hari kejohanan.

Kumpulan A
1. Painting
2. Kumpulan Korporat
3. ETM
4. Stamping/PM

Kumpulan B
1. Trim & Final
2. QC
3. PPC
4. Body









 



 


 

 







  




Dua pasukan dari setiap kumpulan meneruskan ke pusingan separuh akhir. Berikut adalah pasukan yang berjaya memasuki ke separuh akhir.

Separuh Akhir Pertama
Johan Kumpulan A (Stamping/PM) vs Naib Johan Kumpulan B (Trim & Final).

Separuh Akhir Kedua
Johan Kumpulan B (Body) vs Naib Johan Kumpulan A (Painting).






Di dalam perlawanan separuh akhir pertama Pasukan Stamping/Pm menewaskan Pasukan Trim & Final dengan 4 berbalas 2. Manakala Separuh Akhir kedua pula Pasukan Painting menewaskan Pasukan Body dengan 4 berbalas 3. Dengan ini perlawan akhir di antara Pasukan Stamping/PM vs Pasukan Painting dengan berkesudahan Pasukan Stamping/PM mengalahkan Pasukan Painting dengan 2 - 0. Penentuan tempat ketiga di antara Pasukan Body vs Pasukan Trim & Final yang dimenangi oleh Pasukan Body.

Berikut adalah keputusan akhir bagi pasukan yang bertanding:

JOHAN: Stamping/PM
NAIB JOHAN: Painting
KETIGA: Body
KEEMPAT: Trim & Final

Keputusan akhir kejohanan

Saya mengharapkan pihak penganjur akan meneruskan kejohanan seperti ini kerana saya melihat terdapat ramai pemain-pemain karom yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dan bukan hanya setakat berlawan satu bumbung sesama sendiri. Saya menyarankan agar mereka keluar untuk bertempur di luar kepompong dan dapat melihat potensi diri dan juga untuk membawa bersama bendera syarikat yang mereka wakili.

Akhir sekali saya mengucapkan setinggi-tinggi terimakasih kepada En. Hassan selaku penganjur yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan kejohanan pada kali ini. Diharap ini bukanlah titik terakhir pihak penganjur memerlukan perkhidmatan saya. Memandangkan saya bergiat dan memberi perkhidmatan dan promosi di dalam sukan karom diharap ini sebagai titik permulaan untuk berkerjasama dengan organisasi Proton di masa hadapan.

Maju sukan untuk negara.

1 comment:

  1. What is the best casino in terms of games & how do
    With so 목포 출장마사지 many slots, you can 동두천 출장마사지 play the most popular and popular slots. The table 문경 출장샵 game you want to 계룡 출장안마 play with a very different 충청북도 출장샵 selection of slot machines.

    ReplyDelete